Himpunan dan maklumat lokasi tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Penyu, Sabah.

Terdapat beberapa tempat menarik di Kuala Penyu yang sering menjadi tumpuan masyarakat setempat, luar negeri dan juga luar negara.

Antaranya ialah, Pantai Emas Tempurong, Batu Luang, Farida Bayshore dan ada beberapa lokasi lagi.

Secara ringkasnya, Kuala Penyu merupakan salah satu daerah yang terletak di bahagian pedalaman, Sabah.

Jom kita ketahui secara mendalam tempat menarik yang ada di Kuala Penyu!

1. Tempurong Golden Beach Resort

Pantai yang sangat cantik, bersih dan berwarna keemasan terutamanya menjelang senja.

Jauh daripada kesibukan kota dan tempat yang sangat sesuai bagi anda untuk menenangkan fikiran.

Tempat menarik ini juga menyediakan kemudahan penginapan untuk anda yang ingin bermalam di sini.

Waktu operasi adalah pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Maklumat penting:

2. Pantai Batu Luang

Merupakan kawasan pantai awam yang cantik dan berbatu dan sering dikunjungi pada waktu petang.

Jika anda ingin menikmati waktu senja yang menarik dan memukau, maka luangkan masa anda di sini.

Mungkin anda boleh meluangkan masa anda dengan kekasih anda juga?

Tiada yuran dikenakan untuk ke sini, tetapi sebagai orang awam, jagalah kebersihan kawasan ini untuk kebaikan bersama.

Maklumat penting:

3. Farida’s Bayshore Dream

Kawasan pantai yang memukau dengan pakej penginapan.

Farda’s Bayshore Dream Lodge menyediakan penginapan yang cukup selesa untuk pengunjung.

Sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Aktiviti di sini?

Bersiar-siar di sepanjang pantai, mandi di pantai dan menikmati keindahan waktu senja yang sangat mempersonakan.

Maklumat penting:

4. Maju Kuala Penyu Farmstay

Maju Kuala Penyu Farsmstay menawarkan pakej penginapan dengan suasana persekitaran pantai yang menarik!

Juga merupakan tempat menarik di Kuala Penyu yang menjadi pilihan kerana kemudahan dan kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Antara kemudahan selain penginapan ialah:

Dapur dengan peralatan memasak dan peti ais.

  • Pondok berbeku
  • Pondok rehat
  • Dewan mini serbaguna

Aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Aktiviti laut seperti menangkap ikan, ketam menggunakan pukat di sepanjang pantai.
  • Snorkeling
  • Memancing (bot boleh disewa)
  • Mengutip kerang
  • Menyewa bot laju ke Pulau Tiga

Tempat ini juga bersedia untuk menerima tempahan makanan halal dan tidak halal serta membuka tempahan untuk kek.

Maklumat penting:

5. Naga Puri Beach Retreat

Naga Puri Beach Retreat mempunyai daya tarikannya yang sendiri.

Tempat penginapannya yang betul-betul berhadapan dengan pantai menjadikannya sebagai salah satu tempat percutian pilihan utama di Sabah.

Bayangkan anda sedang menikmati waktu senja di balkoni penginapan anda di sini!

Tempat peranginan ini menyediakan pakej penginapan dan juga makanan.

Anda tidak perlu pergi ke restoran terdekat untuk mengisi perut kerana semuanya ada di sini.

Maklumat penting:

6. Tempurung Seaside Lodge

Jika anda bercadang untuk bercuti bersama keluarga dan anak-anak, bagaimana jika anda mengunjungi tempat ini?

Pantai yang bersih dan landai, sangat sesuai untuk bermandi-manda!

Menyediakan kemudahan penginapan terbaik dengan harga yang berpatutan.

Anda juga boleh menjamu selera dengan pelbagai menu makanan sedap yang disediakan di restoran Tempurung Seaside Lodge

Maklumat penting:

7. Camp KP Resort

Nikmati keindahan pantai dari balkoni penginapan anda!

Menjanjikan suasana senja yang menarik!

Salah satu tempat menark di Kuala Penyu, Sabah yang menyediakan perkhidmatan bersiar-siar di sepanjang pantai dengan menggunakan ATV

Namun, diingatkan bahawa rangkaian telekomunikasi kurang baik di tempat ini.

Aktiviti lain:

  • Banana Boat
  • Kayak
  • Berbasikal
  • Bermain Volleyball
  • Bersiar-siar di sepanjang pantai

Maklumat penting:

8. Batu Linting Sunset Villa

Sekali sekala mungkin anda perlu lari dari kesibukan kota dan bercuti di tempat ini.

Suasana penginapan yang menarik, berhadapan dengan pantai yang mengagumkan terutamanya pada waktu senja.

Bayangkan bertapa seronoknya anak anda jika anda membawa mereka bermain pasir, mandi di pantai yang cantik ini?

Maklumat penting:

Bagaimana dengan perkongsian kami diatas?

Anda ada cadangan tempat menarik lain di Kuala Penyu, Sabah?

Nyatakan lokasi menarik anda tersebut di ruangan komen!

Kami akan sentiasa mengemaskini artikel ini dari semasa ke semasa!

9. Turtle Garden Resort

Turtle Garden Resort, 15km daripada pekan Kuala Penyu merupakan satu pusat peranginan yang sering dikunjungi pelancong daripada China dan Korea.

Mempunyai ladskap yang cantik, penginapan yang selesa dan mampu milik menjadikan resort ini seringkali dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri.

Pantai di Turtle Garden Resort agak landai dan sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur.

Jadikan tempat menarik ini sebagai salah satu pilihan anda taktala berada di Kuala Penyu, Sabah.

Maklumat penting:

10. KP Bunny Ville

Luangkan masa anda seketika untuk mengunjungi arnab-arnab comel di sini!

Anda boleh memberi makan, membelai dan mengabadikan gambar kenangan bersama arnab di KP Bunny Ville.

Maklumat penting:

11. Pantai Linsuk’N

Merupakan pantai yang sangat popular di Kuala Penyu!

Menjadi destinasi keluarga terutama pada hujung minggu untuk berkelah dan bersantai!

Pantai yang agak landai dan cetek sangat sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan bermain pasir!

Maklumat penting:

12. Pantai Sawangan

Antara lokasi yang bagus untuk mengabadikan gambar kenangan anda di daerah Kuala Penyu, Sabah!

Ada yang masih belum pernah mengunjungi tempat ini?

Apa kata anda menikmati keindahan matahari senja di sini?

Klik saja pada pautan yang kami sediakan untuk panduan lokasi anda!

Maklumat penting:

13. Stephanie Garden, Kiaru Beach Cabin

Stephanie Garden merupakan antara tempat peranginan menarik di Kuala Penyu, Sabah.

Landskap yang dibina sangat cantik, dihiasi dengan pokok-pokok menghijau dan bunga-buangaan yang berwarna-warni.

Pusat peranginan yang menyediakan pakej penginapan yang agak selesa!

Bayangkan anda sedang duduk di balkoni cabin sambil menikmati keindahan cahaya keemasan pada waktu senja!

Maklumat penting:

14. KP Mud Volcano

KP Mud Volcano terletak di Kg. Tambilik, Kuala Penyu!

Pelancong dalam mahupun luar negara kini tidak perlu ke Pulau Tiga untuk melakukan aktiviti mandi lumpur memandangkan Daerah Kuala Penyu sendiri memiliki produk pelancongan seumpama itu yang terletak di Kampung Tambilik.

Maka anda tidak perlu bersusah payah meredah lautan untuk ke Pulau Tiga yang memakan masa kira-kira 30 minit dari Pekan Kuala Penyu.

Lokasi seluas setengah ekar yang terletak di Kampung Tambilik, di sini, mempunyai lima kawah mandian lumpur gunung berapi.

Maklumat penting:

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *