• XploreSabah
  • Tentang Saya
  • Penafian Blog
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Login
Eksplorasi Sabah
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
Eksplorasi Sabah
No Result
View All Result
Home Homestay & Hotel

8 Pantai Di Kota Kinabalu Dengan Pemandangan Senja Terindah!

Kuladi Kuladuts by Kuladi Kuladuts
November 25, 2020
in Homestay & Hotel
0
8 Pantai Di Kota Kinabalu Dengan Pemandangan Senja Terindah!
0
SHARES
4.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Senarai pantai di Kota Kinabalu, Sabah yang menarik dengan suasana matahari senja yang indah!

Kandungan Sembunyikan
1. Tanjung Aru First Beach
2. Tanjung Aru Beach 2
3. Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa
4. Pantai Tanjung Lipat
5. Borneo Beach Villa
6. Sabah Beach Villas
7. Nexus Resort & Spa Karambunai
8. Sutera Harbour Resort

Anda perlukan lokasi dan senarai pantai dengan pemandangan terbaik di sekitar Kota Kinabalu?

Kami sediakan senarai lengkap untuk anda!

Bandaraya Kota Kinabalu terletak di pesisiran pantai dan sudah pasti terdapat kawasan peranginan pantai yang menarik di sekitarnya.

Berikut merupakan senarai kami di eksplorasi sabah:

1. Tanjung Aru First Beach

Pantai pertama berdekatan dengan Shangri-La Beach Resort, Tanjung Aru.

Biasanya pengunjung datang ke sini untuk bersiar-siar dan menghabiskan masa petang untuk melihat matahari terbenam.

Kadangkala tempat ini juga dijadikan sebagai lokasi berjogging oleh pengunjung yang datang.

Anda bebas untuk membawa peralatan barbeku dan beriadah bersama keluarga di sini.

Kemudahan yang ada termasuklah pondok rehat, tandas dan bilik mandi.

Jika anda bercadang untuk mandi laut, perlu berhati-hati kerana kadangkala terdapat obor-obor di sini.

Maklumat Penting:

  • Lokasi: Tanjung Aru First Beach
  • Facebook Page: Tanjung Aru 1

2. Tanjung Aru Beach 2

Seperti pantai Pantai Tanjung Aru 1, pantai ini juga menyediakan kemudahan seperti tandas dan bilik mandi, pondok rehat dan tong sampah.

Kawasan tepi pantai yang ditumbuhi dengan pokok pain sememangnya sangat strategik dan agak teduh.

Terdapat juga gerai yang menjual makanan dan minuman di sini.

Aktiviti utama:

  • Riadah bersama keluarga
  • Bersiar-siar di tepi pantai
  • Bermandi-manda

Tempat pilihan kedua jikalau Pantai Tanjung Aru 1 agak sibuk dan sesak.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Tanjung Aru 2
  • Facebook Page: Tanjung Aru 2

3. Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa

Jika anda mempunyai bajet lebih utamakan keselesaan, kepuasan dan kualiti, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda.

Tempat yang strategik dengan kemudahan maksimum pasti membuatkan anda untuk datang ke tempat ini lagi.

Pantai yang cantik, terjaga, landskap menarik dengan tempat bersiar-siar yang mempersonakan..

Shangri-La Tanjung Aru juga lengkap dengan kolam renang, spa serta makanan bertaraf 5 bintang!

Menginap sambil luangkan masa untuk menjelajahi landskap tempat ini mungkin suatu idea yang baik?

Sambil mengambil beberapa foto kenangan bersama keluarga!

Disuatu senja nan indah!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa
  • Facebook Page: Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa
  • Hubungi: 088-327 888
  • Laman Web: www.shangri-la.com

4. Pantai Tanjung Lipat

Pantai Awam dengan pelbagai kemudahan!

Merupakan pantai yang sangat popular di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelbagai kemudahan disediakan antaranya ialah:

  • Tempat Barbeku
  • Pondok Rehat
  • Track Jogging & Berbasikal

Anda juga berpeluang menaiki motorsikal dengan lampu berwarna-warni pada waktu malam.

Dan yang menariknya, anda boleh menjamu selera di sini!

Pelbagai jenis makanan boleh dicuba!

Selain itu, anda juga berpeluang membeli produk makanan tempatan seperti keropok ikan, buah-buahan, jeruk buah dan sebagainya!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut:

Maklumat penting:

Lokasi: Pantai Tanjung Lipat
Facebook Page: Pantai Tanjung Lipat

5. Borneo Beach Villa

Borneo Beach Villa Resort merupakan salah satu pusat peranginan dengan landskap pantai yang cantik terletak di Karambunai, Kota Kinabalu Sabah.

Walaupun kos penginapan sedikit tinggi dibandingkan tempat yang lain, namun ianya agak berbaloi dengan kawasan pantai yang indah & cantik.

Semasa menginap di sini, ambil masa anda untuk bersiar-siar di sekitar resort, pantai dan bermandi-manda di kolam renang.

Aktiviti bersama keluarga di sini adalah suatu idea yang menarik!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Borneo Beach Villas
  • Facebook Page: Borneo Beach Villas
  • Hubungi: 016-832 9302
  • Messenger: BorneoBeachVillas
  • Laman Web: borneobeachvillas.com
  • Tempahan: borneobeachvillas.com

6. Sabah Beach Villas

Tempat yang berhampiran dengan Borneo Beach Villas dan sudah semestinya mempunyai pantai yang sangat menarik.

Juga menyediakan penginapan untuk pengunjung.

Bagaimana jika anda bercuti di tempat ini bersama keluarga dan anak-anak?

Pasti suatu percutian paling indah dan sukar untuk dilupakan bagi mereka!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Sabah Beach Villas
  • Facebook Page: Sabah Beach Villas
  • Hubungi: 016-832 1134
  • Messenger: sabahbeachvillas
  • Laman Web & Tempahan: sabahbeachvillas.com

7. Nexus Resort & Spa Karambunai

Tempat yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

Nexus Karambunai merupakan antara pusat peranginan yang terindah di Sabah yang bertaraf 5 bintang.

Walaupun pakej yang sedikit mahal, namun anda pasti berpuas hati menghabiskan cuti di sini.

Pantai yang indah dan menarik terutamanya pada waktu senja, sentiasa dijaga rapi oleh pihak pengurusan Nexus Karambunai.

Tempat yang sangat sesuai untuk berbulan madu, menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak.

Kemudahan:

  • Bilik PenginapanRestoran
  • Bar
  • Bilik mesyuarat
  • Pakej Perkahwinan
  • Padang Golf
  • Kolam Renang
  • Pondok Rehat
  • Trek Jogging

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dan informasi berikut:

Maklumat penting:

  • Lokasi: Nexus Resort & Spa Karambunai
  • Facebook Page: Nexus Resort & Spa Karambunai
  • Hubungi (whatapps): 0 11-1053 2803, 088-480 888 (call)
  • Messenger: NexusResortSpaKarambunai

8. Sutera Harbour Resort

Hotel bertaraf 5 bintang ini mempunyai landskap pantai yang sangat menarik dan mempersona!

Jika anda inginkan keselesaan dan layanan bertaraf 5 bintang, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda.

Lokasi terbaik untuk percutian mewah, berbulan madu atau mereka yang ingin merasai penginapan selesa dan persekitaran pantai yang indah!

Antara pusat peranginan yang paling digemari di Kota Kinabalu selain Nexus Karambunai, Sabah!

Bagaimana jika anda menginap sambi bersiar-siar di sekitar kawasan ini bersama keluarga tersayang?

Maklumat penting:

  • Lokasi: Sutera Harbour Resort
  • Facebook Page: Sutera Harbour Resort
  • Hubungi: 088-318 888
  • Whatapps@Hubungi: 017 833 5300, 017 813 0866
  • Messenger: suteraharbour
  • Tempahan: suteraharbour.com

Apa pendapat anda mengenai perkongsian kami?

Ada lagi senarai pantai terdekat yang belum kami kongsikan?

Nyatakan pantai tersebut di ruangan komen!

 

Previous Post

14 Tempat Menarik & Popular Di Kuala Penyu Sabah

Next Post

20+ Tempat Hiking Menarik Di Kota Belud, Sabah

Kuladi Kuladuts

Kuladi Kuladuts

Related Posts

10 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Semporna, Sabah 2022
Homestay & Hotel

10 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Semporna, Sabah 2022

by Kuladi Kuladuts
April 12, 2022
82 Senarai Homestay Di Kundasang Sabah 2022
Homestay & Hotel

82 Senarai Homestay Di Kundasang Sabah 2022

by Kuladi Kuladuts
March 15, 2022
12 Tempat Menarik Di Lahad Datu, Sabah 2022
Hiking

12 Tempat Menarik Di Lahad Datu, Sabah 2022

by Kuladi Kuladuts
January 24, 2022
26 Tempat Menarik Dan Popular Di Sandakan, Sabah 2022
Hiking

26 Tempat Menarik Dan Popular Di Sandakan, Sabah 2022

by Kuladi Kuladuts
January 24, 2022
[Update] 48 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2022
Homestay & Hotel

[Update] 48 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2022

by Kuladi Kuladuts
January 18, 2022
Next Post
20+ Tempat Hiking Menarik Di Kota Belud, Sabah

20+ Tempat Hiking Menarik Di Kota Belud, Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

26 Tempat Menarik Dan Popular Di Sandakan, Sabah 2022

26 Tempat Menarik Dan Popular Di Sandakan, Sabah 2022

January 24, 2022
82 Senarai Homestay Di Kundasang Sabah 2022

82 Senarai Homestay Di Kundasang Sabah 2022

March 15, 2022
7 Lampu Suluh Kepala Terang & Terbaik Malaysia 2021

7 Lampu Suluh Kepala Terang & Terbaik Malaysia 2021

September 23, 2021

Browse by Category

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Browse by Tags

dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu pantai menarik di kuala penyu pitas bay view tempat pelancongan di tambunan sabah
Eksplorasi Sabah

Kami menyediakan info, lokasi dan review untuk membantu memperolehi pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan di Sabah. Baca tentang Xploresabah.

Kategori

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Tag berkaitan

dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu pantai menarik di kuala penyu pitas bay view tempat pelancongan di tambunan sabah

Post terbaru

  • 10 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Semporna, Sabah 2022
  • 11 Tempat Menarik & Popular Di Kiulu, Sabah 2022
  • 82 Senarai Homestay Di Kundasang Sabah 2022

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

No Result
View All Result
  • Home
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Tips & Informasi
  • Hubungi kami
  • Tentang Xploresabah
  • Dasar Privasi
  • Penafian Blog

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?