• XploreSabah
  • Tentang Saya
  • Penafian Blog
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Login
Eksplorasi Sabah
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
Eksplorasi Sabah
No Result
View All Result
Home Homestay & Hotel

10 Tempat Mandi Manda Di Kota Kinabalu, Sabah!

Kuladi Kuladuts by Kuladi Kuladuts
November 25, 2020
in Homestay & Hotel, Tempat Menarik
0
10 Tempat Mandi Manda Di Kota Kinabalu, Sabah!
0
SHARES
26.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tempat mandi-manda di Kota Kinabalu yang sesuai untuk keluarga, berkumpulan dan pastinya menyeronokkan!

Kandungan Sembunyikan
1. Sinilou Water Park
2. Peranginan Taman Dolime
3. Pusat Perlancongan Dan Rekreasi Motung Lotung Kibunut
4. Kamagi Riverside Retreat & Recreational Home
5. Turongou Farmstay
6. Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan
7. Crystal Farm Bridge
8. North Borneo Lost World
9. Aki Sarapung Camping Site
10. PogunBakau River Lodge & Recreation

Anda sedang mencari lokasi terbaik untuk mandi manda di sekitar bandaraya Kota Kinabalu, Sabah?

Sebenarnya banyak tempat mandi yang “best” di sini!

Antaranya ialah air terjun di Inanam, sungai-sungai di Penampang dan juga Papar, Sabah.

  • Baca juga: Tempat Mandi-Manda Di Papar

Namun, kami akan senaraikan lokasi dan tempat yang agak dekat dengan Kota Kinabalu terlebih dahulu.

Jom lihat senarai kami berikut:

1. Sinilou Water Park

Jika anda sedang mencari tempat mandi manda yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Sinilou Kibambangan Water Park merupakan tempat mandi yang perlu anda pertimbangkan!

Kolam renang yang dibina cantik dengan air yang mengalir, warerpark mini dan juga pondok rehat menambahkan lagi keseronokan dan keselesaan anda!

Bagaimana jika anda habiskan masa hujung minggu di sini bersantai bersama keluarga tersayang?

Maklumat penting:

  • Lokasi: Sinilou Kibambangan Water Park
  • Facebook Page: Sinilou Kibambangan Water Park
  • Hubungi: 013-8930728
  • Waktu operasi: 08:00am-06:00pm

2. Peranginan Taman Dolime

Merupakan antara tempat terbaik mandi manda di Kota Kinabalu untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu.

Jika anda ingin memaksimumkan masa anda di sini, bagaimana jika anda menginap di homestay yang disediakan?

Terdapat kemudahan asas seperti pondok rehat dan juga tandas.

Mungkin ada baiknya anda barbeku sambil melihat keindahan sungai di sini.

Sungai yang agak cetek, sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Taman Dolime
  • Facebook Page: Taman Dolime
  • Hubungi: 019-5371711 (DOLIME) atau 016-5443135 (MELIA)
  • Waktu operasi: 08:00am-04:30pm

3. Pusat Perlancongan Dan Rekreasi Motung Lotung Kibunut

Merupakan tempat bermandi-manda yang agak terkenal di Kg. Kibunut, Penampang.

Agak ramai pengunjung pada hujung minggu!

Jika anda lihat pada gambar, air tidak begitu jernih disebabkan hujan.

Namun, jika cuaca dalam keadaan baik, air sungai sangat jernih dan sememangnya sesuai untuk aktiviti riadah!

Jarak tempat ini daripada Kota Kinabalu ialah 28km!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pusat Perlancongan Dan Rekreasi Motung Lotung Kibunut

4. Kamagi Riverside Retreat & Recreational Home

Kamagi Riverside Retreat adalah lokasi yang paling selesa untuk anda bermandi manda.

Suasana yang damai, sungai yang dikelilingi oleh tumbuhan menghijau dan bunyi kicauan burung menambahkan lagi keterujaan dan keseronokan anda di sini!

Suasana yang tenang dengan bunyi deburan sungai pastinya suatu pengalaman yang sukar dilupakan!

Hujung minggu atau bercuti bersama keluarga di Kota Kinabalu dengan bermandi-manda di sini!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau rujuk panduan berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Kamagi Riverside Retreat
  • Facebook Page: Kamagi Riverside Retreat
  • Hubungi: 016-8378713
  • Laman web: kamagi.weebly.com

5. Turongou Farmstay

Terletak di Kg. Kimbabagan Penampang, Turangou Farmstay adalah salah satu lokasi mandi-manda yang perlu anda pertimbangkan semasa berada di Kota Kinabalu.

Ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari bandar Kota Kinabalu dan 15 minit dari Tamu Donggongon, Penampang.

Ingin memancing? anda boleh mencuba memancing di sini dengan syarat tidak mengambil ikan tersebut. (Tangkap dan lepas).

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah memancing, berkhemah, barbeku dan bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, penginapan disediakan dengan kadar sewa tertentu.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Turongou Farmstay
  • Facebook Page: Turongou Farmstay
  • Hubungi: 016-8347350

6. Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan

Jika anda ingin mencari lokasi riadah berdekatan dengan sungai yang lengkap dengan penginapan, Diana Homestay merupakan tempat yang paling selesa untuk anda.

Diana Homestay menyediakan penginapan diperbuat daripada buluh dan pastinya suatu pengalaman baru bagi anda!

Lokasi perkhemahan terbaik, rekreasi, mandi di anak sungai pastinya suatu memori yang sukar dilupakan!

Terdapat pelbagai kemudahan termasuklah kemudahan asas seperti bilik mandi dan tandas, mini dewan, pondok tepi sungai yang cantik!

Jika ingin membuat tempahan, sila rujuk maklumat berikut:

Maklumat penting:

  • Lokasi: Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan
  • Facebook Page: Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan
  • Hubungi: 012-849 2878, 088-710607

7. Crystal Farm Bridge

Daerah Penampang sememangnya terkenal dengan persekitaran sungai yang jernih, berbatu dan menarik.

Lokasi sungai untuk mandi-manda dan rekreasi ini terletak di Kg. Kibunut, Penampang.

Ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit atau sejauh 28km daripada Bandaraya Kota Kinabalu ke tempat ini.

Tempat yang menjadi tumpuan untuk mandi manda dan rekreasi pada cuti hujung minggu!

Untuk maklumat lanjut sila lihat informasi yang kami sertakan berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Crystal Farm Bridge
  • Facebook Page: Crystal Farm Bridge
  • Hubungi: 010-948 1227

8. North Borneo Lost World

Terletak di Kg Sosopon Notoruss, juga dikenali sebagai “North Borneo Lost World” menawarkan beberapa aktiviti menarik iaitu:

  • Jungle & River Trekking
  • Berkhemah
  • Mandi-manda
  • Barbeku@ BBQ
  • Melihat arnab di Rabbit Farm
  • Memberikan makanan kepada ayam kampung!

Anda ingin menginap di sini? penginapan desa dengan kadar sewa yang agak berpatutan!

Jika anda inginkan pengalaman menarik dan unik, mungkin anda boleh berkunjung dan menginap di tempat ini!

Maklumat penting:

  • Lokasi: North Borneo Lost World
  • Facebook Page: North Borneo Lost World
  • Hubungi: 012-8346689, 013-8372407 & 013-5440113

9. Aki Sarapung Camping Site

Rekreasi mandi manda yang sangat sesuai untuk kanak-kanak!

Air kolam merupakan air yang dialirkan daripada sungai terdekat, tanpa klorin!

Kemudahan kolam renang, pondok rehat tradisional merupakan tarikan yang unik di Aki Sarapung Camping Site!

Tersedia dengan pondok yang agak luas dan sesuai untuk aktiviti keluarga atau berkumpulan dan mungkin sambutan hari jadi?

Bagaimana jika anda meluangkan masa untuk bermalam dan berkhemah di sini?

Maklumat penting:

  • Lokasi: Aki Sarapung Camping Site
  • Facebook Page: Aki Sarapung Camping Site
  • Hubungi: 017-832 6670
  • Waktu operasi: 08:00am- 06:00pm

10. PogunBakau River Lodge & Recreation

PogunBakau River Lodge & Recreation, dengan kolam renang di depan penginapan anda!

Terdapat juga sungai yang agak landai dan luas berdekatan.

Bermandi manda di kolam renang atau di sungai yang cetek, luas dengan air yang dingin?

Suasana persekitaran dengan landskap yang mengagumkan dan dijaga rapi.

Bagaimana? Anda ingin berkunjung ke tempat ini?

Anda dinasihatkan untuk menempah lebih awal disebabkan penginapan yang agak terhad!

Hubungi sahaja maklumat yang kami sertakan berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: PogunBakau River Lodge & Recreation
  • Facebook Page: PogunBakau River Lodge & Recreation
  • Hubungi: 016-827 7522
Tags: mandi sungai kota kinabalu
Previous Post

3 Tempat Menarik Di Bongawan, Sabah

Next Post

12 Tempat Menarik & Popular Di Tamparuli, Sabah

Kuladi Kuladuts

Kuladi Kuladuts

Related Posts

20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2024
Homestay & Hotel

20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2024
Homestay & Hotel

50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
7 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Kota Kinabalu 2024
Homestay & Hotel

7 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Kota Kinabalu 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
10 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Semporna, Sabah 2024
Homestay & Hotel

10 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Semporna, Sabah 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
2 Pulau Di Kota Belud Dengan Panorama Menarik 2024
Homestay & Hotel

2 Pulau Di Kota Belud Dengan Panorama Menarik 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
Next Post
12 Tempat Menarik & Popular Di Tamparuli, Sabah

12 Tempat Menarik & Popular Di Tamparuli, Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

4 Pulau Di Sandakan Sabah Dengan Panorama Memukau

4 Pulau Di Sandakan Sabah Dengan Panorama Memukau

November 25, 2020
12 Tongkat Hiking Terbaik & Popular Malaysia 2022

12 Tongkat Hiking Terbaik & Popular Malaysia 2022

September 15, 2022
9 Tempat Hiking Menarik Di Kota Kinabalu, Sabah 2022

9 Tempat Hiking Menarik Di Kota Kinabalu, Sabah 2022

February 24, 2022

Browse by Category

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Browse by Tags

arabian khemah beg kalis air beg tidur outdoor dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kamera lasak kamera mendaki kerusi camping khemah camping besar khemah pengantin lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view sleeping bag outdoor tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah
Eksplorasi Sabah

Kami menyediakan info, lokasi dan review untuk membantu memperolehi pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan di Sabah. Baca tentang Xploresabah.

Kategori

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Tag berkaitan

arabian khemah beg kalis air beg tidur outdoor dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kamera lasak kamera mendaki kerusi camping khemah camping besar khemah pengantin lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view sleeping bag outdoor tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah

Post terbaru

  • Top 8 Pisau Lipat Camping Terbaik Malaysia 2024
  • Top 10 Dapur Gas Camping Terbaik Malaysia 2024
  • 20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2024

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

No Result
View All Result
  • Home
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Tips & Informasi
  • Hubungi kami
  • Tentang Xploresabah
  • Dasar Privasi
  • Penafian Blog

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?