Anda tercari-cari senarai tempat menarik di Bongawan?

Berikut merupakan senarai lokasi terbaik yang boleh anda kunjungi taktala berada di Bongawan, Sabah.

Jom lihat senarai kami!

1. Pantai Kenangan

Merupakan pantai yang cantik dan bersih.

Sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga seperti bersiar-siar di sepanjang pantai, bermandi -manda dan mungkin barbeku di kawasan yang sesuai.

Pantai yang sering dikunjungi pelancong asing terutamanya dari Korea dan China.

Ada penginapan berdekatan, jika anda ingin bermalam di sini!

Maklumat penting:

2. River Paradise Seri Serbang

Alami pengalaman menarik dengan bersiar-siar di sepanjang sungai berasama Bongawan River Paradise.

Hakikatnya tempat ini mungkin kurang dikenali oleh masyarakat tempatan, namun agak popular dalam kalangan pelancong asing!

Tempat terbaik untuk eksplorasi keindahan tumbuhan paya bakau!

Alaminya sendiri dengan mencuba pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan!

Maklumat penting:

3. Muara Bongawan Recreational Centre

Tempat menarik paling digemari di Bongawan.

Merupakan lokasi yang paling digemari untuk melihat keindahan mentari senja di Bongawan, Sabah!

Abadikan “keberadaan” anda di Bongawan dengan sesi fotografi di lokasi ini!

Maklumat penting:

 

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *