Mengumpulkan senarai tempat menarik di Sipitang untuk panduan percutian anda!

Mencari tempat menarik di Sipitang?

Jika anda ingin bercuti dan bercadang untuk mengunjungi daerah Sipitang, maka anda berada di artikel yang betul.

Walaupun daerah ini terletak di bahagian pedalaman, namun Sipitang juga mempunyai beberapa tempat menarik dan mengagumkan!

Jom lihat senarai kami berikut:

1. Esplanade Sipitang

Esplanade Waterfront merupakan kawasan yang sering dikunjungi terutamanya pada waktu petang.

Mungkin disebabkan suasana yang agak cantik dan memukau taktala waktu senja menjelang.

Lokasinya berdekatan dengan bangunan kedai pekan Sipitang, Sabah.

Lebih menarik lagi, terdapat gerai makanan laut di pesisiran pantai di sini.

Bayangkan anda sedang menghirup secawan kopi sambil menikmati suasana senja bersama si dia?

Info penting:

2. Pantai Meritaman

Pantai Merintaman merupakan tempat menarik yang agak popular di Sipitang, Sabah.

Pantai yang cantik, unik dan mempunyai landskap yang menarik!

BBQ bersama keluarga, bermandi-manda juga sangat sesuai di sini. Namun begitu, anda perlu memantau anak-anak ketika bermandi-mand di sini.

Terdapat pondok-pondok kecil dan tong sampah untuk kemudahan pengunjung.

Luangkan masa anda untuk menikmati waktu senja di sini!

Info penting:

3. Long Pasia Adventure

Bagi penggemar aktiviti hiking dan camping, Long Pasia Homestay Eco-Tourism sangat sesuai untuk anda!

Long Pasia, Sipitang Sabah sememangnya sangat terkenal dengan flora fauna yang menakjubkan!

Aktiviti utama di sini adalah jungle trekking, berkhemah, menikmati alam semulajadi dan pelbagai aktiviti lasak dan menguji kemampuan kemandirian anda di hutan!

Sepanjang perjalanan jungle trekking pastinya menjanjikan alam semulajadi, landskap hutan yang tidak terusik, sungai yang menarik.

Mungkin mengunjungi Long Pasia, Sipitang Sabah suatu pengalaman baru bagi anda yang cintakan alam semulajadi?

Tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong daripada luar negara!

Info penting:

4. Tamu Sindumin, Sipitang Sabah

Jika anda merancang untuk menjelajahi Spitang, selaraskan masa anda dengan waktu tamu Sindumin beroperasi.

Waktu operasi Tamu Sindumin adalah seperti berikut:

  • Hari: Sabtu
  • Waktu: Bermula pukul 6.00 pagi

Biasanya, suasana tamu agak unik dimana anda berpeluang untuk melihat dan membeli hasil produk masyarakat setempat.

Mungkin barangan, produk yang dijual tidak ada di tempat anda.

Biasanya barangan atau produk tempatan yang dijual di tamu agak murah dan suasana tamu agak meriah!

Info penting:

Lokasi: Tamu Besar Sindumin Sipitang, Sabah

5. Bukit Tampulagus

Anda peminat hiking?

Jika ada kesempatan, luangkan waktu pagi atau petang anda untuk “memerah keringat” di sini.

Mungkin selepas beberapa ketika “menyelesaikan” sajian berat seperti makanan laut di gerai makan sekitar Sipitang, sudah tiba masanya anda membuang “toksik dalam badan” di sini.

Mendaki sambil menikmati alam semulajadi, bukankah ianya satu idea yang bagus?

Info penting:

6. Pelakat Wetland & Wildlife Safari

Bukan hanya di Beaufort sahaja, Pelakat Wetland & Wildlife Safari, Sipitang juga mempunyai pakej menaiki bot meredah sungai berpaya sambil melihat binatang dan keindahan flora fauna!

Mungkin anda bernasib baik dapat melihat proboscis monkey dan binatang unik yang lain di sini?

Atau anda hanya bercadang untuk melihat-lihat dan mengambil gambar kenangan di lokasi menarik sekitar tempat ini?

Juga terdapat lokasi bergambar disediakan dan pondok rehat.

Untuk info lanjut sila hubungi nombor yang kami sertakan berikut.

Info penting:

7. Taman Hutan Rimba Ulu Sipitang Sungai Bubus

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, bagaimana jika anda mendaki Bukit Tempurung, Sipitang?

Jangan risau tersesat kerana ada “guide” bersama anda!

Eksplorasi hutan rimba Ulu Sipitang pasti suatu pengembaraan yang tidak dapat dilupakan!

Perjalanan mengambil masa 5 hingga 6 jam pasti memenatkan. Anda dinasihatkan supaya membawa bekal makanan dan minuman jika ingin mendaki bukit ini.

Jika anda berminat untuk jungle trekking dan menawan Bukit Tempurung, sila rujuk maklumat berikut.

Maklumat penting: 

8. Buntu Sunset Paradise

Buntu Sunset Paradise ialah satu tempat menarik dan khas untuk anda melihat keindahan mentari senja!

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti pondok rehat yang sesuai untuk anda berteduh sambil berkelah bersama keluarga!

Bergambar, berkelah dan bersiar-siar adalah antara aktiviti di sini!

Alami waktu senja yang mempersona di Buntu Sunset Paradise!

Maklumat penting:

9. Cahaya Villa Cafe

Anda suda pernah berkunjung ke sini?

Bagaimana jika anda makan malam bersama keluarga di Cahaya Villa Cafe?

Menjamu selera sambil menikmati waktu senja!

Ada kolam renang sesuai untuk anak-anak anda bermandi manda!

Maklumat penting:

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *