• XploreSabah
  • Tentang Saya
  • Penafian Blog
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Login
Eksplorasi Sabah
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
Eksplorasi Sabah
No Result
View All Result
Home Tempat Menarik

15 Tempat Menarik @ Hidden Gem Di Tuaran Sabah 2023

Hidden gems menarik yang mesti anda lawati di Tuaran, Sabah!

Kuladi Kuladuts by Kuladi Kuladuts
February 21, 2023
in Tempat Menarik
0
0
SHARES
20.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tempat menarik di Tuaran untuk panduan percutian anda di Sabah, 2023

Kandungan Sembunyikan
1. Rasa Ria Reserve by Shangri-La
2. Borneo Kellybays
3. Rumah Terbalik
4. Borneo Ant House
5. Taman Buaya
6. Pantai Dalit
7. Chanteek Borneo Gallery
8. Pantai Shabandar
9. Linangkit Culture
10. Sabandar Cowboy Town
11. Peak Of Hope
12. Tuaran Lagoon Park
13. Gayang Friendly Homestay
14. River Bay Beach
15. The Traditional Lotud House and Tree House

Anda tercari-cari tempat peranginan atau tempat menarik di Tuaran?

Kami sediakan senarai lengkap beserta panduan seperti lokasi, nombor untuk dihubungi dan laman rujukan untuk anda!

Oleh itu, anda tidak perlu bersusah-payah mencari maklumat di laman web lain.

Semuanya kami sediakan di xploresabah!

Senarai pusat peranginan menarik ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa!

Mari kita lihat senarai tempat yang bagus untuk anda kunjungi di Tuaran, SABAH.

1. Rasa Ria Reserve by Shangri-La

Jika anda impikan percutian bertaraf 5 bintang, Shangri-la Rasa Ria Resort sangat sesuai untuk anda.

Untuk menempah tempat ini, anda perlu sediakan bajet “lebih”.

Tempat ini mempunyai keluasan 400 ekar dan berhampiran dengan Pantai Dalit, Tuaran.

Selain sebagai penginapan bertaraf 5 bintang, tempat ini juga menyediakan pelbagai aktiviti dengan harga tertentu khas untuk pelanggan.

Antaranya ialah:

  • Melihat burung di Canopy
  • Melihat burung-burung di Padang Golf
  • Jungle Walk
  • Night Walk (dengan vision google)
  • Night Walk (tanpa vision google)
  • Borneo Sunrise
  • Ranger Experience
  • Tour Berkeluarga
Maklumat penting:
  • Tempah di Booking.com: Shangri-La Rasa Ria
  • Lokasi: Shangri-la Rasa Ria Resort
  • Laman web: www.shangri-la.com

2. Borneo Kellybays

Gambar Kredit: Borneo Kellybays

Borneo Kellybays: Snap Eat Tag!

Lokasi Borneo Kellybays hanyalah sejauh 10km dari pekan Tuaran, Sabah.

Aktiviti utama?

Bergambar dan makan!

Namun ada disediakan pakej tertentu dan anda perlu berhubung dengan pihak pengurusan untuk informasi lebih lanjut.

Tempat menarik yang cantik terutama pada waktu petang.

Bayangkan anda sedang menikmati makanan kegemaran anda sambil menghayati suasana senja!

Maklumat Penting:

  • Messenger: m.me/eatnhopsabah
  • Facebook Page: Borneo Kellybays
  • Email: eatnhopsabah@gmail.com
  • Instagram: Eatnhopsabah
  • Lokasi: Borneo Kellybays

3. Rumah Terbalik

Alami suasana “bertentangan” di Rumah Terbalik, Tuaran.

Semuanya “terbalik”!

Rumah, garaj, perabot dalam rumah….

Maklumat penting:

  • Lokasi: The Upside Down House
  • Facebook Page: The Upside Down House, Borneo
  • Messenger: upsidedownhouseborneo
  • Hubungi: 014-389 4677, 011-26271373

4. Borneo Ant House

“Mini Educational Theme Park” merupakan tarikan utama di Tuaran, Sabah.

Apa yang menarik di sini?

Replika semut, pelbagai spesis semut, maklumat terperinci mengenai spesis semut, rumah bajau sama, muzium mini, jambatan gantung dan restoran dengan pelbagai jenis makanan lazat!

Jika anda berminat untuk menjadikan semut sebagai serangga ternakan anda, dapatkannya di sini!

Anda boleh juga membeli “rumah semut” di sini.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Borneo Ant House
  • Facebook Page: Borneo Ant House
  • Messenger: borneoanthouse
  • Hubungi: 011-2627 1373

5. Taman Buaya

Merupakan taman buaya terbesar di Sabah dengan lebih daripada 1000 ekor buaya.

Kawasan yang luas dan selamat untuk anda bersiar-siar sambil melihat buaya dengan “gaya” tersendiri.

Anda juga berpeluang melihat buaya diberikan makanan oleh kakitangan di sini.

Jika anda ingin membeli “produk” berlesen daripada buaya, anda boleh mendapatkannya di sini.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Tuaran Crocodile Farm
  • Facebook Page: Tuaran Crocodile Farm
  • Messenger: tamanbuayatuaran
  • Hubungi: 088-793 377

6. Pantai Dalit

Merupakan pantai yang sering menjadi tumpuan penduduk tempatan.

Pantai yang agak menarik untuk menikmati suasana pada waktu senja.

Hanya sejauh 13km daripada Pekan Tuaran, Sabah.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Dalit, Tuaran
  • Penginapan Terdekat: Shangri-La Rasa Ria Resort

7. Chanteek Borneo Gallery

Merupakan muzium khas pakaian tradisi masyarakat di Sabah.

Sebilangan kecil pakaian tradisi yang hampir pupus mungkin boleh anda lihat di sini.

Lebih daripada 300 jenis pakaian tradisi masyarakat asli Sabah Borneo!

Agak menarik dan comel, kerana ianya dipamerkan dalam bentuk “mini”.

Anda juga boleh memesan pakaian tradisi di sini dengan harga yang berpatutan!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Chanteek Borneo Gallery
  • Facebook Page: Chanteek Borneo Gallery
  • Website: Chanteek Borneo BLOG
  • Messenger: Chanteek.Borneo
  • Hubungi: 088-792 018

8. Pantai Shabandar

Pantai yang menjadi pilihan untuk orang ramai bermandi-manda serta meluangkan masa bersantai bersama keluaraga di hujung minggu.

Keadaan pantai yang agak landai adalah salah satu sebab pantai ini menjadi pilihan untuk bermandi-manda.

Yang menariknya, gerai pelbagai jenis makanan dan minuman dibuka disini menjelang petang dan malam.

Tidak hairanlah tempat ini agak meriah pada waktu petang!

Lokasinya adalah lebih kurang 10km daripada Pekan Tuaran, Sabah.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Shabandar

9. Linangkit Culture

Terletak di Kg. Selupoh, tempat ini secara umumnya memperkenalkan tradisi Masyarakat Lotud Sabah.

Di sini, anda berpeluang melihat dan mencuba pakaian tradisi masyarakat Lotud, melihat demonstrasi pembuatan kraftangan tempatan, penyediaan makanan tradisi, persembahan tradisi dan banyak lagi.

Beberapa kemudahan lain disediakan dengan harga tertentu seperti:

  • Dewan serbaguna terapung
  • Gymnasium
  • Bar Karoke
  • Cafe
  • Pusat Aktiviti Kanak-Kanak

Maklumat penting:

  • Lokasi: Linangkit Cultural Village
  • Facebook Page: Linangkit Cultural Village
  • Messenger: LinangkitCulturalVillage06
  • Hubungi: 011-2783 2016

10. Sabandar Cowboy Town

Tempat menarik di Tuaran yang menjadi pilihan utama!

Unik dan klasik bercirikan “Pekan Koboi”

Antara tempat yang agak popular dan menjadi tarikan utama di Negeri Sabah.

Antara aktiviti utama di sini ialah:

  • Meninjau taman bakau yang menarik
  • Menunggang kuda
  • Melihat kunang-kunang (kelip-kelip) sambi menaiki bot.
  • Tempat penginapan bercirikan “cowboy”
  • Pengalaman menjamu makanan di restoran buluh

Maklumat penting:

  • Lokasi: Sabandar Cowboy Town
  • Facebook Page: Sabandar Cowboy Town
  • Messenger: sabandarcowboytown
  • Hubungi: 016-822 1501

11. Peak Of Hope

Peak Of Hope merupakan destinasi menarik yang paling popular di Tuaran, Sabah!

Terletak di tempat yang tinggi, merupakan lokasi yang sangat strategik kerana panorama yang sangat indah tidak terkata di sini!

Lokasi yang terbaik untuk anda mengabadikan gambar kenangan dengan latarbelakang dan persekitaran yang sungguh menarik!

Masi inginkan gambar lain?

Bagaimana dengan photo suasana petang di Peak Of Hope berikut?

Jom kunjungi tempat ini!

Maklumat berikut mungki berguna untuk anda!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Peak Of Hope
  • Facebook Page: Peak Of Hope
  • Hubungi: 016-8461881

12. Tuaran Lagoon Park

Tempat menarik di Tuaran Sabah!

Lokasi bersiar-siar dan fotografi yang menarik!

Mungkin, anda ingin menikmati waktu senja di sini?

Pondok rehat disediakan.

Walaubagaimapun, jika anda memerlukan pondok persendirian, yuran sebanyak RM30 akan dikenakan.

Tiket masuk:

  • Dewasa: RM10
  • Kanak-kanak: RM5

Maklumat penting:

  • Lokasi: Tuaran Lagoon Park

13. Gayang Friendly Homestay

Inginkan pengalaman menginap di atas air?

Gayang Friendly Homestay menawarkan pakej terbaik untuk anda!

Ada beberapa pilihan penginapan terbaik, antaranya ialah:

  • Penginapan 2 katil bujang dengan pemandangan laut
  • 1 Katil King dengan pemandangan lautan
  • Chalet untuk 1 katil king
  • Bilik untuk keluarga (3 katil Queen, 1 katil bujang)
  • Bilik keluarga (1 katil Queen dan 1 katil bujang)
  • Bilik dengan pemandangan pokok bakau.

Antara aktiviti menarik ialah memancing, berkayak, menunggang ATV, perpustakaan mini, gym mini, tea bar mini, restoran makanan laut dan kemudahan barbeku.

Menginap di atas air mungkin pengalaman baru bagi anda?
Restoran makanan laut di sini juga antara tempat makan yang agak popular di Tuaran dan Kota Kinabalu!

Untuk maklumat lanjut tentang tempat ini, sila rujuk maklumat berikut:

Maklumat penting:

  • Lokasi: Gayang Friendly Homestay
  • Tempah di Booking.com: Gayang Homestay
  • Tempah di Agoda: Gayang Homestay
  • Facebook Page: Gayang Friendly Water House

14. River Bay Beach

Tempat bersantai menarik, dengan suasana pemandangan waktu senja yang memukau!

Luangkan masa anda untuk bersiar-siar di tempat ini.

Tersedia dengan pondok rehat dan rekreasi yang membenarkan anda untuk menikmati minum petang disamping menikmati suasana pantai yang indah walaupun dengan tiupan angin yang sedikit hangat…

Maklumat berikut mungkin berguna untuk anda:

Maklumat penting:

  • Lokasi: River Bay Beach
  • Laman Facebook: River Bay Beach
  • Hubungi: 012-758 9389

Apa pendapat anda dengan senarai tempat menarik di sekitar Tuaran, Sabah?

Ada lagi tempat yang tidak disenaraikan?

Mohon kongsikan di ruangan komen!

Kami akan kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa!

15. The Traditional Lotud House and Tree House

Apa yang menarik di sini?

  • Melihat keunikan rumah tradisi Lotud
  • Melihat dan merasai keunikan rumah atas pokok
  • Suasana kampung
  • Mempelajari budaya Dusun Lotud

Maklumat penting:

  • Hubungi: 019-602 3211
  • Laman Facebook: The Traditional Lotud House
  • Lokasi: The Traditional Lotud House
  • Alamat: Kampung Sawah, Jalan Bantayan Damat Sawah 89208 Tuaran, Sabah, Malaysia

 

 

Previous Post

11 Tempat Menarik Dan Popular Di Inanam 2023

Next Post

11 Meja Lipat Camping Terbaik Malaysia 2023

Kuladi Kuladuts

Kuladi Kuladuts

Related Posts

26 Tempat Menarik Di Sandakan, Sabah 2023
Hiking

26 Tempat Menarik Di Sandakan, Sabah 2023

by Kuladi Kuladuts
March 8, 2023
50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2023
Homestay & Hotel

50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2023

by Kuladi Kuladuts
February 19, 2023
11 Lokasi Menarik Sungai Untuk Mandi-Manda Di Kota Belud, Sabah
Homestay & Hotel

11 Lokasi Menarik Sungai Untuk Mandi-Manda Di Kota Belud, Sabah

by Kuladi Kuladuts
February 21, 2023
11 Tempat Menarik Dan Popular Di Inanam 2023
Tempat Menarik

11 Tempat Menarik Dan Popular Di Inanam 2023

by Kuladi Kuladuts
February 19, 2023
16 Tempat Menarik & Popular Di Tenom, Sabah 2022
Tempat Menarik

16 Tempat Menarik & Popular Di Tenom, Sabah 2022

by Kuladi Kuladuts
September 20, 2022
Next Post
11 Meja Lipat Camping Terbaik Malaysia 2023

11 Meja Lipat Camping Terbaik Malaysia 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

12 Tempat Menarik Di Kota Marudu, Sabah 2022

12 Tempat Menarik Di Kota Marudu, Sabah 2022

September 20, 2022
11 Tempat Hiking Popular & Menarik Di Keningau Sabah

11 Tempat Hiking Popular & Menarik Di Keningau Sabah

October 12, 2021
2 Pulau Di Kota Belud Dengan Panorama Mengagumkan!

2 Pulau Di Kota Belud Dengan Panorama Mengagumkan!

November 25, 2020

Browse by Category

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Browse by Tags

beg kalis air dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kerusi camping khemah camping besar lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah
Eksplorasi Sabah

Kami menyediakan info, lokasi dan review untuk membantu memperolehi pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan di Sabah. Baca tentang Xploresabah.

Kategori

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Tag berkaitan

beg kalis air dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kerusi camping khemah camping besar lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah

Post terbaru

  • 26 Tempat Menarik Di Sandakan, Sabah 2023
  • 20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2023
  • 15 Homestay Terbaik Murah di Kota Belud Sabah 2023

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

No Result
View All Result
  • Home
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Tips & Informasi
  • Hubungi kami
  • Tentang Xploresabah
  • Dasar Privasi
  • Penafian Blog

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?