• XploreSabah
  • Tentang Saya
  • Penafian Blog
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Login
Eksplorasi Sabah
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
Eksplorasi Sabah
No Result
View All Result
Home Hiking

12 Tempat Menarik Di Lahad Datu, Sabah 2022

Tips dan informasi destinasi menarik di Daerah Lahad Datu

Kuladi Kuladuts by Kuladi Kuladuts
January 24, 2022
in Hiking, Homestay & Hotel, Tempat Menarik, Tips & Informasi
0
12 Tempat Menarik Di Lahad Datu, Sabah 2022
0
SHARES
8.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Eksplorasi tempat menarik di sekitar Lahad Datu, Sabah.

Kandungan Sembunyikan
1. Taliwas River Conservation Area
2. Lembah Danum (Studies Centre)
3. Lembah Danum (Borneo Rainforest Lodge)
4. Menara Kayangan
5. Bukit Klasik
6. W Bay Payang
7. Payang Beach Lahad Datu
8. Pantai Makuau
9. Pantai Pulau Buta Agro Tourism
10. Kawag Nature Lodge (KNL)
11. Silam Coast Conservation Area – SCCA
12. Taruakan Hill, Pulau Sakar

Suasana panorama menarik seperti lokasi hiking, penginapan dan destinasi riadah terbaik yang ada di sekitar Lahad Datu.

Jika anda merancang untuk melancong Lahad Datu, xploresabah menyediakan panduan tempat menarik di Lahad Datu yang berguna untuk anda.

Himpunan tempat menarik yang ada di Lahad Datu ini mungkin anda perlukan dan pasti memudahkan perjalanan anda!

Jom lihat senarai lokasi menarik di Lahad Datu berikut!

1. Taliwas River Conservation Area

Merupakan tapak perkhemahan yang terkenal di Lahad Datu.

Taliwas River Conservation Area sering dikunjungi oleh orang ramai untuk aktiviti seperti berkelah, berkhemah dan mandi sungai.

Yang menariknya, terdapat kawasan air terjun di kawasan berhampiran!

Merupakan rekreasi kawasan hutan simpan, terdapat banyak pohon besar untuk tempat berteduh dan pastinya persekitaran yang menghijau dan indah!

Lokasi jungle trekking yang terbaik!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Taliwas Forestry Recreation Area
  • Hubungi: 089-823110
  • Facebook page: Taliwas Forestry Recreation Area

2. Lembah Danum (Studies Centre)

Mungkin ramai yang keliru dengan Lembah Danum ini.

Untuk maklumat umum, Lembah Danum merupakan suatu kawasan yang agak luas, lebih luas daripada Negara Singapura!

Terbahagi kepada 2 kawasan iaitu Lembah Danum (Penyelidikan) dan Lembah Danum (Borneo Rainforest Lodge).

Danum Valley Studies Centre lebih kepada aktiviti yang melibatkan penyelidikan.

Aktiviti di kawasan ini lebih kepada jungle trekking dan menikmati flora fauna!

Terdapat penginapan disediakan untuk pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat berikut.

Maklumat penting: 

  • Lokasi: Danum Valley Conservation Area
  • Hubungi: 089-880441
  • Facebook page: Danum Valley Conservation Area
  • Laman web: www.borneoforestheritage.org.my

3. Lembah Danum (Borneo Rainforest Lodge)

Berbeza dengan Danum Valley Studies centre, Borneo Rainforest Lodge merupakan lokasi pelancongan yang agak mewah dengan penginapan 3 bintang!

Tempat ini pula lebih kepada pelancongan melibatkan alam semulajadi atau flora dan fauna.

Berikut merupakan peta yang menggambarkan aktiviti pengunjung di Borneo Rainforest Lodge.

Jika anda lihat, aktiviti di sini lebih kepada jungle trekking dan menikmati keindahan flora fauna!

Jangan lupa bawa bersama kamera anda.

Antara tarikan utama di tempat ini ialah Canopy Walk sepanjang 300 meter!

Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengunjungi tempat ini, sila rujuk maklumat berikut.

Maklumat penting: 

  • Lokasi: Borneo Rainforest Lodge
  • Hubungi:  089-880207 
  • Facebook page: Danum Valley Conservation Area
  • Laman web: www.borneoforestheritage.org.my

4. Menara Kayangan

Menara Kayangan merupakan antara lokasi menarik pemandangan indah pulau dan lautan Lahad Datu dari puncak bukit.

Namun anda perlu “mendaki” sebelum sampai ke tempat ini.

Tempat menarik ini sering dikunjungi untuk tujuan fotografi dan juga senaman ringan!

Jangan risau, trek agak baik sesuai untuk semua peringkat umur.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Menara Kayangan
  • Hubungi: 017-8106792, 013-8774534
  • Facebook page: Menara Kayangan
  • Waktu operasi: 08:00am-04:00pm

5. Bukit Klasik

Bukit Klasik adalah antara tempat menarik untuk aktiviti outdoor di sekitar Lahad Datu.

Perjalanan ke pintu masuk Bukit Klasik daripada bandar Lahad Datu hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

40 minit pendakian untuk sampai ke puncak!


Puncak bukit menjanjikan pemandangan yang sangat menarik!

Anda boleh melihat Teluk Darvel dan bandar Lahad Datu serta kehijauan flora yang menghiasi bukit bukau.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Bukit Klasik
  • Hubungi: 016-5892993

6. W Bay Payang

Merupakan pantai rekreasi persendirian yang menarik di Lahad Datu!

Pantai yang bersih, cantik serta sangat sesuai untuk aktiviti brsama keluarga di hujung minggu.

Bagaimana jika anda menghabiskan masa di sini bersama anak-anak?

Hiburkan anak anda dengan bermandi manda di pantai yang bersih dan cantik!

Dengan air laut yang jernih!

Antara pakej di sini ialah:

  • Lokasi fotografi
  • Pakej Perkahwinan
  • Pakej Sambutan Hari Jadi
  • Aktiviti Keluarga

Sila rujuk maklumat berikut untuk keterangan lanjut dan tempahan!

Maklumat penting:

  • Lokasi: W Bay Payang
  • Facebook Page: W Bay Payang
  • Hubungi: 011-10562866

7. Payang Beach Lahad Datu

Merupakan pantai awam yang sering dikujunjungi pada hujung minggu.

Sangat sesuai untuk ibubapa yang ingin membawa anak untuk bermandi-manda ataupun bersantai hujung minggu.

Bagaimana jika anda makan tengahari atau berkelah di sini? sambil barbeku?

Yuran masuk ialah RM5 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Payang Beach Lahad Datu
  • Facebook Page: Payang Beach Lahad Datu
  • Hubungi: 011-25289975

8. Pantai Makuau

Merupakan pantai awam yang agak terkenal, terletak di Jalan Lahad Datu-Tungku.

Pemandangan sangat menarik pada waktu petang terutamanya senja!

Lokasi santai dan tempat bersiar-siar hujung minggu yang menarik!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Makuau
  • Hubungi: 010-2205480

9. Pantai Pulau Buta Agro Tourism

Merupakan pusat peranginan yang menyediakan pelbagai pakej kepada pelawat.

Antaranya ialah:

  • Pakej lokasi memancing
  • Mendaki
  • Berkhemah
  • Berenang
  • Tempat untuk perjumpaan atau mesyuarat

Pantai Pulau Buta Agro sememangnya lokasi yang agak popular untuk aktiviti bersama keluarga di hujung minggu!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Pulau Buta Agro Tourism
  • Facebook page: Pantai Pulau Buta Agro Tourism
  • Hubungi: 014-359 7500

10. Kawag Nature Lodge (KNL)

Kawag Nature Lodge merupakan lokasi penginapan menarik dibawah pengurusan Borneo Refugia Adventure.

Penginapan jauh di hutan, berlatarkan flora fauna pastinya suatu yang ingin dinikmati oleh pencinta alam sekitar!

Borneo Refugia Adventure menawarkan 2 pakej utama iaitu:

  • pakej 3 hari 2 malam
  • pakej 4 hari 3 malam

Aktiviti utama termasuk dalam pakej ialah:

  • Melihat pelbagai spesis burung
  • Melihat binatang liar
  • Bersiar-siar pada waktu malam dengan kereta sambil melihat binatang liar
  • Eksplorasi sungai
  • River tubing
  • Natural foot spa

  • Jungle trekking
  • Meninjau air terjun yang menarik!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh rujuk maklumat berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Kawag Nature Lodge
  • Facebook page: Kawag Nature Lodge
  • Hubungi: 088-267637, 014-3414884
  • Laman web: borneorefugia.com

11. Silam Coast Conservation Area – SCCA

Bagi mereka yang cintakan flora dan fauna, Silam Coast Conservation Area merupakan lokasi yang sesuai untuk anda!

Anda pasti teruja kerana anda boleh berkunjung ke sini melalui laluan laut dengan menaiki boat yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Anda juga boleh sampai ke sini dengan memandu kereta!

Mana satu pilihan anda?

Berikut merupakan aktiviti menarik di Silam Coast Conservation Area:

  • Berkemah

  • Mendaki

  • Berkayak
  • Snorkeling

  • Melihat burung
  • Fotografi
  • Melihat matahari terbit dan terbenam

  • Lawatan  ke Blue Ring Reefs dan Pulau Burung

Agak menarik bukan?

Jika anda bercadang untuk mengunjungi tempat menarik di Lahad Datu ini, informasi berikut mungkin anda perlukan.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Silam Coast Conservation Area
  • Facebook page: Silam Coast Conservation Area
  • Hubungi: 012-8679501, 011-29844773

12. Taruakan Hill, Pulau Sakar

Peminat hiking, adakah anda suda pernah mendaki Tarukan Hill?

Tarukan Hill merupakan lokasi hiking menarik tahap sederhana terletak di Kg Tarukan, Pulau Sakar.

Jika anda berniat untuk mendaki, jemput sekali rakan-rakan anda!

Agak seronok mendaki secara berkumpulan.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi sahaja maklumat yang kami sertakan berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Kg Taruakan Pulau Sakar
  • Facebook page: Kg Taruakan Pulau Sakar
  • Hubungi: 011-18550878, 017-8378939

Apa pendapat anda dengan perkongsian kami?

Jika ada tempat menarik yang kami terlepas pandang, anda boleh hubungi kami di laman facebook xploresabah!

 

Previous Post

12 Tempat Hiking Menarik Di Kundasang & Ranau 2022

Next Post

10 Tempat Menarik & Popular Di Sipitang Sabah

Kuladi Kuladuts

Kuladi Kuladuts

Related Posts

26 Tempat Menarik Di Sandakan, Sabah 2023
Hiking

26 Tempat Menarik Di Sandakan, Sabah 2023

by Kuladi Kuladuts
March 8, 2023
20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2023
Homestay & Hotel

20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2023

by Kuladi Kuladuts
February 14, 2023
15 Homestay Terbaik Murah di Kota Belud Sabah 2023
Homestay & Hotel

15 Homestay Terbaik Murah di Kota Belud Sabah 2023

by Kuladi Kuladuts
February 14, 2023
10 Homestay Murah & Terbaik Di Papar Sabah 2023
Homestay & Hotel

10 Homestay Murah & Terbaik Di Papar Sabah 2023

by Kuladi Kuladuts
February 12, 2023
50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2023
Homestay & Hotel

50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2023

by Kuladi Kuladuts
February 19, 2023
Next Post
10 Tempat Menarik & Popular Di Sipitang Sabah

10 Tempat Menarik & Popular Di Sipitang Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

85 Homestay Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 2023

85 Homestay Menarik Di Kundasang Ranau Sabah 2023

February 21, 2023
14 Tempat Menarik & Popular Di Kuala Penyu Sabah

14 Tempat Menarik & Popular Di Kuala Penyu Sabah

November 25, 2020
12 Tempat Menarik Di Papar, Sabah 2023

12 Tempat Menarik Di Papar, Sabah 2023

February 21, 2023

Browse by Category

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Browse by Tags

beg kalis air dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kerusi camping khemah camping besar lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah
Eksplorasi Sabah

Kami menyediakan info, lokasi dan review untuk membantu memperolehi pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan di Sabah. Baca tentang Xploresabah.

Kategori

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Tag berkaitan

beg kalis air dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kerusi camping khemah camping besar lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah

Post terbaru

  • 26 Tempat Menarik Di Sandakan, Sabah 2023
  • 20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2023
  • 15 Homestay Terbaik Murah di Kota Belud Sabah 2023

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

No Result
View All Result
  • Home
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Tips & Informasi
  • Hubungi kami
  • Tentang Xploresabah
  • Dasar Privasi
  • Penafian Blog

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?