• XploreSabah
  • Tentang Saya
  • Penafian Blog
  • Dasar Privasi
  • Hubungi
  • Login
Eksplorasi Sabah
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
  • XploreSabah
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Kelengkapan
  • +Lain
    • Homestay & Hotel
    • Tips & Informasi
No Result
View All Result
Eksplorasi Sabah
No Result
View All Result
Home Homestay & Hotel

12 Tempat Menarik Di Kota Marudu, Sabah 2023

Hidden gems @ tempat menarik di daerah Kota Marudu

Kuladi Kuladuts by Kuladi Kuladuts
May 23, 2023
in Homestay & Hotel, Lasak, Tempat Menarik, Tips & Informasi
0
12 Tempat Menarik Di Kota Marudu, Sabah 2023
0
SHARES
26.6k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kami senaraikan lokasi tempat menarik terbaru di Kota Marudu, Sabah!

Kandungan Sembunyikan
1. Panorama Paradise Resort
2. Teringai Beach and Lodge
3. Pantai Mandawang
4. Taburan Beach Eco Tourism
5. Walai Tobilung
6. Sulap Tokou Serinsim
7. Pangapuyan Campsite
8. Saranghaeyo – Sarayo Campground
9. Taman Rekreasi Pampang
10. Pantai Ria Ulu Kanarom
11. Mundan Hill
12. Walai Rabbit’s & Tunggung Recreation Centre

Lokasi menarik untuk aktiviti lasak seperti hiking, tempat beriadah, mandi-manda dan homestay!

Seperti Kudat, Kota Marudu juga mempunyai banyak lokasi peranginan menarik yang mungkin anda belum pernah pergi.

Anda bercadang untuk mengunjungi Kota Marudu, Sabah?

Bagaimana jika kami sediakan senarai lengkap tempat menarik di daerah ini untuk panduan percutian anda?

Jom lihat senarai kami berikut:

1. Panorama Paradise Resort

Juga dikenali sebagai Panorama Paradise Eco-Retreat, merupakan pusat peranginan di Bukit Pinotudung, Jalan Kg. Rasak Tigaman.

Beroperasi sejak tahun 2012, kini tempat menarik ini merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berkhemah, bersiar-siar di taman herba, melihat rusa yang jinak, barbeku di pondok tradisional dan banyak lagi.

Jika anda menginap di villa yang disediakan, jangan lupa meluangkan masa untuk merasai panorama suasana senja yang menakjubkan di sini!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Panorama Paradise Resort
  • Facebook page: Panorama Paradise Eco-Retreat
  • Hubungi: 019-610 6615
  • Waktu operasi: 09:00am-17:00pm
  • Laman web: panoramaparadise.com

2. Teringai Beach and Lodge

Pantai teringai, pantai dengan pemandangan menarik, tempat yang tidak asing lagi di Kota Marudu.

Lengkap dengan cafe dan tempat penginapan, menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pengunjung dari serata negeri.

Pantai yang dijaga rapi, cantik dan landai sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda!

Dan yang pastinya, jika cuaca cerah tanpa awan, anda boleh melihat matahari senja yang mempersona taktala mengunjungi tempat ini pada waktu petang!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Teringai Beach and Lodge
  • Facebook page: Teringai Beach and Lodge
  • Hubungi: 019-974 6862

3. Pantai Mandawang

Walaupun lokasinya agak terpencil dan jalan menuju ke pantai ini kurang baik, namun pantai ini masih menjadi tumpuan penduduk sekitar Kota marudu untuk bersiar-siar.

Pantai yang bersih, terdapat kawasan berbatu menjadikan pantai ini cukup indah dan mempersona.

Pantai agak landai dan sesuai untuk mandi-manda.

Abadikan kenangan senjakala anda di sini!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Mandawang

4. Taburan Beach Eco Tourism

Merupakan pusat riadah, Pantai Dolungan yang terletak di Kg. Toburon Kota Belud, Sabah.

Mempunyai landskap pantai yang agak menarik.

Juga menyediakan pondok rehat yang sangat sesuai untuk bersantai dan barbeku.

Walai Tolibung dan chalet juga disediakan untuk mereka yang ingin menginap di sini dengan kadar sewa yang berpatutan.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Taburan Beach Eco Tourism
  • Facebook Page: Taburan Beach Eco Tourism
  • Hubungi: 012-8391045 atau 013-6174778

5. Walai Tobilung

Secara ringkasnya, Walai Tobilung merupakan destinasi menarik yang memaparkan tradisi masyarakat suku kaum Tobilung.

Selain itu, terdapat beberapa pakej menarik di tempat ini seperti:

  • Pakej penginapan keluarga dan juga rumah tradisi
  • Aktiviti tradisi seperti tarian, muzik tradisi, masakan tradisi bergantung kepada permintaan pengunjung.
  • Pakej komuniti dimana anda belajar membuat kraftangan, menenun, membuat kerepek pisang, hiking ke Minansad Hill dan lain-lain.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Walai Tobilung
  • Facebook Page: Walai Tobilung
  • Hubungi: 019-832 0408

6. Sulap Tokou Serinsim

Sulap Tokou Serinsim merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud dengan pakej lengkap.

Dengan kadar sewa RM250, anda boleh menikmati semua kemudahan yang ada termasuklah kolam renang, pondok rehat, semua peralatan memasak di rumah.

Tempat yang sangat sesuai untuk santai bersama keluarga tanpa berkongsi dengan orang lain!

Jangan risau, penginapan dikelilingi pagar dan dijamin selamat!

Diingatkan supaya anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum anda datang ke sini.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Sulap Tokou Serinsim
  • Facebook Page: Sulap Tokou Serinsim
  • Hubungi: 013-8997842

7. Pangapuyan Campsite

Pangapuyan Campsite merupakan lokasi tapak perkhemahan tepi sungai.

Sungai yang agak jernih dan berbatu, sangat sesuai untuk mandi-manda.

Kebanyakan pengunjung menghabiskan masa hujung minggu dengan berkhemah, barbeku dan mandi-manda di sungai ini.

Jika anda ingin berkhemah d tepi sungai, bagaimana jika anda mencuba lokasi ini?

Sila hubungi pihak pengurusan melalui talian dan maklumat berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pangapuyan Campsite
  • Facebook Page: Pangapuyan Campsite
  • Hubungi: 019-860 4481

8. Saranghaeyo – Sarayo Campground

Sarayo Campground merupakan lokasi tapak perkhemahan yang strategik berhampiran dengan sungai.

Tempat ini menyediakan beberapa pondok rehat dan sangat sesuai untuk aktiviti santai, riadah barbeku hujung minggu.

Sungai yang jernih dan segar, sangat sesuai untuk mandi-manda!

Atau anda ingin mencuba menaiki rakit buluh?

Untuk tempahan, sila berhubung dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Saranghaeyo – Sarayo Campground
  • Facebook Page: Saranghaeyo – Sarayo Campground
  • Hubungi: 011-1029 8558

9. Taman Rekreasi Pampang

Aktiviti hari keluarga, mandi-manda, berkelah hujung minggu adalah antara aktiviti yang sesuai di Taman Rekresi Pampang.

Kawasan taman juga agak luas dan selesa serta mempunyai pondok-pondok rehat yang dibina di tebing sungai.

Terdapat juga mini dewan yang sesuai untuk tempat berkumpul jika anda bercadang untuk mengadakan “family day” di tempat ini.

Kemudahan asas seperti paip air, tandas dan bilik mandi juga disediakan!

Berkhemah? Anda boleh berkhemah di tempat ini!

Pihak pengurusan juga menyediakan khemah dengan kadar sewa yang agak murah!

Maklumat penting:

  • Lokasi: Taman Rekreasi Pampang
  • Facebook Page: Taman Rekreasi Pampang
  • Hubungi: 011-1001 8475, 011-13022704, 016-3348934
  • Laman web: tamanrekreasipampang.blogspot.my

10. Pantai Ria Ulu Kanarom

Terletak di Kampung Tangkol, satu lagi lokasi terpencil untuk aktiviti rekreasi!

Kawasan yang agak luas, mungkin tempat “camping” yang sesuai?

Namun, anda disarankan supaya berhati-hati dan menggunakan jaket keselamatan jika bercadang untuk mandi di sini.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Pantai Ria Ulu Kanarom
  • Facebook Page: Pantai Ria Ulu Kanarom
  • Hubungi: 014-573 9756

11. Mundan Hill

Mundan Hill disenaraikan sebagai tempat menarik di Kota Marudu, Sabah disebabkan panoramanya yang indah dan mempersona di puncak bukit.

Selain itu, kawasan pesekitaran juga ditanam dengan pelbagi jenis bunga menambahkan lagi keindahan puncak bukit ini.

Jika anda bercadang untuk menikmati keindahan panorama di Mundan Hill, anda perlu mendaki sejauh 1.7km terlebih dahulu.

Apapun, disebabkan persekitaran flora fauna yang indah, anda mungkin terlupa penat lelah mendaki bukit ini.

Jangan lupa berhubung dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum mendaki.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Mundan Hill, Kg. Talantang 1
  • Facebook Page: Mundan Hill
  • Hubungi: 016-7476334

12. Walai Rabbit’s & Tunggung Recreation Centre

Mungkin anda boleh singgah sebentar di tempat ini!

Berikan kesempatan kepada anak anda untuk membelai, memberi makan dan bergambar dengan arnab comel di sini!

Atau anda berkayak di Tunggung Recreation Centre?

Kedua-dua lokasi menarik ini adalah berhampiran antara satu sama lain. Mudah untuk anda pergi ke sini!

Hanya perlu ikut panduan lokasi yang kami berikut.

Maklumat penting:

  • Lokasi: Walai Rabbit’s & Tunggung Recreation Centre
  • Facebook Page: Walai Rabbit’s
  • Hubungi: 011-39382746

Apa pendapat anda dengan perkongsian kami? Jika ada tempat menarik yang belum tersenarai, sila nyatakan di ruangan komen!

Kami akan mengemaskini senarai dalam artikel ini!

 

Previous Post

12 Tongkat Hiking Terbaik & Popular Malaysia 2022

Next Post

7 Tempat Menarik Di Kinabatangan, Sabah 2023

Kuladi Kuladuts

Kuladi Kuladuts

Related Posts

Top 8 Pisau Lipat Camping Terbaik Malaysia 2024
Kelengkapan Outdoor

Top 8 Pisau Lipat Camping Terbaik Malaysia 2024

by Kuladi Kuladuts
June 21, 2024
Top 10 Dapur Gas Camping Terbaik Malaysia 2024
Kelengkapan Outdoor

Top 10 Dapur Gas Camping Terbaik Malaysia 2024

by Kuladi Kuladuts
June 20, 2024
20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2024
Homestay & Hotel

20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2024
Homestay & Hotel

50 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
7 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Kota Kinabalu 2024
Homestay & Hotel

7 Pulau Menarik & Mengagumkan Di Kota Kinabalu 2024

by Kuladi Kuladuts
June 14, 2024
Next Post
7 Tempat Menarik Di Kinabatangan, Sabah 2023

7 Tempat Menarik Di Kinabatangan, Sabah 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Premium Content

10 Homestay Murah & Terbaik Di Papar Sabah 2023

10 Homestay Murah & Terbaik Di Papar Sabah 2023

February 12, 2023
20+ Tempat Hiking Menarik Di Kota Belud, Sabah

20+ Tempat Hiking Menarik Di Kota Belud, Sabah

March 27, 2023
9 Tempat Hiking Menarik Di Kota Kinabalu, Sabah 2022

9 Tempat Hiking Menarik Di Kota Kinabalu, Sabah 2022

February 24, 2022

Browse by Category

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Browse by Tags

arabian khemah beg kalis air beg tidur outdoor dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kamera lasak kamera mendaki kerusi camping khemah camping besar khemah pengantin lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view sleeping bag outdoor tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah
Eksplorasi Sabah

Kami menyediakan info, lokasi dan review untuk membantu memperolehi pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan di Sabah. Baca tentang Xploresabah.

Kategori

  • Hiking
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Lasak
  • Tempat Menarik
  • Tips & Informasi

Tag berkaitan

arabian khemah beg kalis air beg tidur outdoor dapur camping diy dapur kecil untuk camping dapur ringan eko pelancongan kota belud homestay di kundasang homestay putatan murah homestay tepi sungai kamera lasak kamera mendaki kerusi camping khemah camping besar khemah pengantin lampu outdoor lampu suluh hiking mandi sungai kota kinabalu meja outdoor pantai menarik di kuala penyu penginapan di papar penginapan kota belud penginapan tepi pantai pitas bay view sleeping bag outdoor tempat menarik di kota kinabalu tempat pelancongan di tambunan sabah

Post terbaru

  • Top 8 Pisau Lipat Camping Terbaik Malaysia 2024
  • Top 10 Dapur Gas Camping Terbaik Malaysia 2024
  • 20 Homestay Murah Terbaik Di Putatan Kota Kinabalu 2024

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

No Result
View All Result
  • Home
  • Tempat Menarik
  • Hiking
  • Lasak
  • Homestay & Hotel
  • Kelengkapan Outdoor
  • Tips & Informasi
  • Hubungi kami
  • Tentang Xploresabah
  • Dasar Privasi
  • Penafian Blog

© 2021 Xploresabah - Explorasi Seluruh Sabah - xploresabah.com

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?