Eksplorasi dan jelajah tempat menarik di sekitar Kiulu, Sabah.
Daerah Kecil Kiulu, 60km daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, sememangnya mempunyai tempat rekreasi menarik yang mungkin belum anda ketahui.
Jika anda ingin berkelah, mencari tempat rekreasi terdekat dengan Kota Kinabalu, Kiulu adalah salah satu tempat yang strategik.
Jom kita lihat tempat rekreasi menarik yang ada di Kiulu Sabah!
1. Monggoluton River View & Picnic Centre
Monggoluton River View & Picnic Centre berlatarkan pokok buluh dan sungai yang jernih, merupakan tempat terbaik untuk rekreasi santai bersama keluarga.
Pondok rehat yang strategik, berhadapan dengan sungai membolehkan anda berehat, bersantai sambil menikmati keindahan sungai dan alam sekitar!
Jika anda bercadang untuk memaksimumkan masa lapang anda di sini, penginapan yang cukup selesa dan berhawa dingin juga disediakan!
Anda juga boleh berkhemah dibawah pohon buluh atau bermandi-manda di sungai yang cetek.
Sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur!
Anda bebas barbeku, berkelah, bermandi-manda di sini!
Lokasi aktiviti bersama keluarga dan anak-anak yang terbaik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Monggoluton River View
- Facebook page: Monggoluton River View
- Hubungi: 019-850 8625
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
2. RS Kamandus View
RS Kamandus View, tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti keluarga, sambutan hari keluarga, program sekolah dan sebagainya.
Tedapat beberapa pondok rehat disediakan dengan kadar sewa tertentu.
Mini dewan yang agak luas memang sesuai untuk aktiviti yang melibatkan ramai orang!
Meniti jambatan berkembar yang agak panjang, adalah satu tarikan di sini!
Antara aktiviti utama di sini:
- Barbeku
- Berkelah
- Bersantai bersama keluarga
- Mandi-manda
- Camping & Bermalam
Namun anda dinasihatkan untuk berhati-hati kerana terdapat bahagian sungai yang agak dalam dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Kemudahan tandas dan bilik persalinan juga ada di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: RS Kamandus View
- Facebook page: RS Kamandus View
- Hubungi: 013-8665811
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
- Yuran: RM3(Dewasa) dan RM1(Kanak-kanak)
3. Kondis Point
KOndis Point, Kiulu merupakan tempat yang agak popular untuk aktiviti river rafting, perkhemahan dan rekreasi bersama keluarga.
Juga merupakan lokasi rekreasi yang sering menjadi tumpuan untuk aktiviti berkumpulan melibatkan sekolah dan pertubuhan tertentu.
Anda ingin bersantai bersama keluarga? mandi sungai atau barbeku?
Jom berkunjung ke Kondis Point!
Jika anda ingin melihat suasana tempat menarik ini dalam bentuk video, sila ke pautan berikut:
Untuk melihat lebih banyak lagi lokasi menarik di Kiulu, anda boleh subscribe youtube channel Arday Leo Joseph.
Beliau sentiasa berkongsi akan lokasi santai terbaik di sekitar Kiulu dan Tamparuli, Sabah!
Maklumat penting:
- Lokasi: KONDiS POiNT
- Facebook page: KONDiS POiNT
- Hubungi: 013-8763878, 014-3573878
- Waktu operasi: 07:00am-05:00pm
- Laman web: www.kondispoint.com
4. LL Camping Site & Recreation Centre
LL Camping Site & Recreation Centre adalah lokasi rekreasi yang dikelilingi oleh pokok menghijau dengan tarikannya yang tersendiri.
Pusat rekreasi ini menyediakan pelbagai kemudahan termasuklah homestay yang lengkap dengan kemudahan asas!
Juga terdapat pondok kecil jika anda ingin menginap di sini. Sangat sesuai untuk 2 orang pengunjung!
Barbeku, aktiviti keluarga, berkhemah dan mandi sungai adalah antara aktiviti yang anda boleh lakukan di tempat ini.
Namun perlu berhati-hati jika ingin mandi di sungai!
Terdapat beberapa bahagian yang agak dalam dan tidak sesuai untuk anda yang tiada kemahiran berenang!
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: LL Camping Site & Recreation Centre
- Facebook page: LL Camping Site & Recreation Centre
- Hubungi: 012-8102583
5. Bukit Nomburungui Trail
Eco Pelancongan Kg. Sinorut menyediakan beberapa pakej rekreasi menarik yang lasak.
Antaranya ialah hiking ke bukit Nomburungui.
Jika anda meminati aktiviti hiking, mungkin berjalan kaki di Nomburungui Trail merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda!
Perjalanan yang agak mencabar, namun pasti suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila anda berjaya sampai ke puncak bukit.
Disamping mengurangkan lemak degil di badan anda!
Jika anda berminat untuk aktiviti lasak ini, maklumat berikut mungkin berguna untuk anda.
Pihak pengurusan juga menawarkan aktiviti lain seperti river trekking, berjalan ke airterjun dan berkhemah!
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Nomburungui Trail
- Facebook page: Bukit Nomburungui Trail
- Hubungi: 013-877 9943
- Waktu operasi: 06:00am-05:00pm
6. Kiulu Riverside Trails
Rekreasi sungai bersama Kiulu Riverside Trail!
Peminat rekreasi sederhana lasak, bagaimana jika anda mencuba aktiviti yang ditawarkan di sini?
Menyusuri sungai dari Nabalu, Ranau ke Tamparuli, perjalanan yang agak jauh, perlukan ketahanan fizikal!
Dengan bertemankan flora fauna yang mendamaikan, rasa lelah perjalanan kurang dirasakan.
Dengan menyusuri jambatan gantung yang agak panjang, kebun buah-buahan, getah dan kadangkala diselangi dengan tumbuhan tepi sungai yang menghijau, redup dan mengasyikkan!
Kadangkala terdengar bunyi unggas hutan yang mungkin agak asing bagi anda!
Untuk tempahan dan pakej, sila berhubung dengan pihak berwajib berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Kiulu Riverside Trails Kg. Pukak
- Facebook page: Kiulu Riverside Trails
- Hubungi: 012-8130210, 013-8763878, 017-7698862
7. Kiulu Farmstay
Salah satu tempat menarik dan unik yang ada di Kiulu, Sabah.
Bayangkan anda sedang menginap di rumah buluh, serba ringkas, tanpa penghawa dingin..
Duduk di beranda rumah dengan bunyi deburan sungai dan unggas hutan di suatu petang yang mendamaikan!
Segalanya balik ke masa lalu!
Jangan lupa membawa bersama “ubat nyamuk”!
Mungkin anda boleh membawa anak-anak anda merasai suasana damai di sini? Mandi di sungai yang jernih dan bersih?
Banyak aktiviti lain juga boleh dilakukan di sini termasuklah camping, jungle trekking ke air terjun terdekat, mencuba memalu gong masyarakat dusun, Sabah dan sebagainya!
Suasana persekitaran dipenuhi dengan tumbuhan menghijau dan bunga-bungaan yang cantik!
Jom hubungi pihak pengurusan Kiulu Farmstay
Maklumat penting:
- Lokasi: Kiulu Farmstay
- Facebook page: Kiulu Farmstay
- Hubungi: 019-3263800
- Laman web: www.kiulufarmstay.com
8. Eko Pelancongan Talantang Kiulu
Jungle trekking ke air terjun, mendaki bukit, bermandi-manda di sungai yang bersih dan jernih, antara pakej yang ditawarkan oleg Eko Pelancongan Talantang Kiulu.
Di sini anda berpeluang mendaki dan seterusnya berkhemah di puncak bukit Talantang yang damai dan berlatarkan flora-fauna yang mengagumkan!
Atau anda bersukaria, berkelah, barbeku dan mandi-manda di Sungai Kimombu!
Maklumat penting:
- Lokasi: Eko Pelancongan Talantang
- Facebook page: Bukit Talantang Kiulu
- Hubungi: 012-8216989, 014-8573870
9. Kiulu Rainforest Park
Kiulu Rainforest Park merupakan tempat baharu yang akan dibuka kepada pengunjung dalam masa terdekat!
Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini ialah:
- Berkhemah
- Canopy walk
- Tree house traril
- Hiking daripada Kiulu ke Telipok
- Barbeku
- Team building
- Mandi-manda di sungai
- Fish Spa
Bagi anda yang ingin “memaksimumkan keseronokan” di tempat ini, anda boleh tinggal di chalet khas dengan harga tertentu!
Anda juga berpeluang melawat rumah tradisi lotud di sini.
Sila berhubung dengan pihak pengurusan Kiulu Rainforest Park terlebih dahulu sebelum mengunjungi tempat ini, untuk memastikan tempat ini telah dibuka ataupun belum.
Maklumat penting:
- Lokasi: Kiulu Rainforest Park
- Facebook page: Kiulu Rainforest Park
- Hubungi: 010-2059336
10. Eko Pelancongan Masakat View & Kolonutan Hill
Eko Pelancongan Masakat View & Kolonutan Hill menawarkan beberapa pakej menarik untuk para pengunjung iaitu:
- Survival (pakej sehari)
- Survival (1 hari dan 1 malam)
- Mendaki Kolonutan Hill
- Aktiviti sungai
Aktiviti mendaki merupakan aktiviti yang paling digemari di tempat ini.
Anda perlu bersedia dari segi fizikal dan mental kerana jarak pendakian agak mencabar, 5.1 km!
Jika and berminat dan ingin tahu lebih lanjut, sila rujuk maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Eko Pelancongan Masakat View & Kolonutan Hill
- Facebook page: Eko Pelancongan Masakat View & Kolonutan Hill
- Hubungi: 019-841 8481
11. Minurod Campsite
Mencari lokasi camping menarik di sekitar Kiulu?
Minurod Campsite sememangnya salah satu tempat yang agak sesuai untuk aktiviti berkhemah bersama keluarga atau rakan-rakan anda!
Minurod campsite merupakan sebuah tapak rekreasi yang telah dibangunkan sejak Januari 2021.
Campsite ini terletak di pinggir jalan kg. Pahu dengan jarak lebih kurang 0.8km dari SK. Pahu, Tuaran.
Tersedia dengan kemudahan asas seperti tandas awam, pondok rehat dan yang menariknya lokasi camping terbaik ini terletak di tepi sungai yang jernih!
Luangkan masa anda berkhemah bersama keluarga dan anak-anak di tempat ini untuk berikan suasana yang menyeronokkan kepada mereka!
Bermalam di dalam khemah dengan unggun api dan bermandi-manda sepanjang hari di sungai yang jernih ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Minurod Campsite
- Facebook page: Minurod Campsire
- Hubungi: 013-839 5364
12. Jurassic Land Kiulu
Taman tema yang agak terkenal di Kiulu!
Apa yang menarik?
- Menyusur trek Dinasour
- Pertunjukan Raptor
- Code 9 Slide
- Flying Zip Line
- Trampoline
- Aktiviti berbasikal
- Tapak pencarian fosil dinosaur
- Raptor escape park
- Kedai DINO
- Restoran dengan pelbagai menu
Maklumat penting:
- Lokasi: Jurassic Land Kiulu
- Laman Facebook: Jurassic Land Kiulu
- Hubungi: 013-838 8717
- Masa Operasi: 09:00am- 06:00pm
- Alamat: Kg Bungalio KM 3.5 Jalan Kiulu Tamparuli 89250 Tuaran Sabah, Kiulu, Malaysia
Apa pendapat anda dengan perkongsian tempat menarik di Kiulu ini?
Ada lokasi menarik yang kami terlepas pandang?
Kongsikan tempat tersebut di ruangan komen!
Kami akan kemaskini senarai kami dari semasa ke semasa!